Menara Condong Pisa di Pisa, Itali (dalam Bahasa Itali: Torre pendente di Pisa) atau yang biasa disebut The Tower of Pisa (La Torre di Pisa) yang dibina dari tahun1173 hingga 1372 ( lamanya..) Tinggi dari menara tersebut adalah 55,86 m dari permukaan tanah di sisi terendah, dan 56,70 m di sisi yang tertinggi.antara gaya n rupa benruk menara condong pisa :
![]() |
| Memang nampak condong |
![]() |
| Nie sangat condong |
![]() |
| Klau dipandang macam nak tumbang jer. |
![]() |
| Klau tumbang mcm mana yer... |
![]() |
| Ok..kompom ia mmg condong..Kiri atau kanan ia condong??? |
Kat Malaysia pon ader juga..Iaitu Menara Condong Teluk Intan. Menara ini telah dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.
Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. Kawasan sekitar menara telah diturap dengan bata dan dijadikan sebagai plaza untuk pelbagai aktiviti di samada aktiviti rasmi atau tidak rasmi.
Jalan di tengah-tengah Bandar Teluk Intan telah dinamakan sebagai Jalan Ah Cheong sempena memperingati sumbangan En. Leong Choon Cheong yang telah membina menara tersebut.
Aku orang Perak, memang slalu la g teluk intan..Menara nie mmg dok tengah2 pekan Teluk Intan..ia merupakan sumber daya tarikan di Teluk Intan itu sendiri sebagai pusat pelancongan. Dari sini boleh juga terus ke Teluk Batik,Lumut dan Pulau Pangkor. X jauh dah nie...Bagi aku nak kata condong tue x la condong sangat.condong sikit jer..Tp sikit pon ttp condong kan??.
![]() |
| Suasana waktu malam di menara condong teluk intan..sini selalu ader Function menarik. |
![]() |
| Rupa waktu siang, time matahari meremang2.. |
![]() |
| Time senja paling cantik..Time2 nak sembahyang Maghrib. Jangan risau..Masjid dekat bg Umat Islam untuk sembahyang. |
Tembok Besar atau Great Wall China digelar sebagai salah satu antara "7 keajaiban dunia". Tembok Besar China merupakan projek pertahanan ketenteraan zaman purba yang masa pembinaannya paling panjang dan projeknya paling besar di dunia. Tembok Besar China sepanjang lebih 7 ribu kilometer.
Tembok Besar yang disebut umum itu adalah Tembok Besar yang dibina pada zaman Dinasti Ming iaitu dari tahun 1368 hingga tahun 1644. Hujung baratnya sehingga di genting Jiayuguan di Provinsi Gansu di barat laut China dan hujung timurnya di pinggir Sungai Yalujiang di Provinsi Liaoning di timur laut China, panjangnya mencatat 7,300 kilometer.
Tembok Besar China yang termasyhur itu mengandungi semangat dan perasaan bangsa China dan kini telah menjadi lambang bangsa China. Pada tahun 1987, Tembok Besar China telah disenaraikan sebagai Warisan Dunia.
Antara gambar tembok besar china :
![]() |
| Suasana yang aman damai jika diliht di kemuncak tembok besar china |
![]() |
| Pemandangan dipandang dari bawah tembok besar china |
![]() |
| tengok mcm dekat tapi jaoh tau.. |
![]() |
| sangat-sangat panjang |
![]() |
| Suasana senja di Tembok besar china |
![]() |
| Musim sejuk dah mula tiba di Tembok besar china |
![]() |
| musim sejuk tiba... |
![]() |
| Tengok..siap ader salji lagi tau..china negara 4 musim. |
KUALA LUMPUR - Skuad negara ke Taipei semalam bukan sahaja tanpa bekalan selesa apabila cuma menang 2-1 ke atas Taiwan di laman sendiri pada Kelayakan Piala Dunia, tetapi dihimpit risiko kehilangan Safee Sali pada aksi timbal balik, Ahad ini.
Kelibat Safee hanya sempat disaksikan pada babak pertama perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin, apabila pemain itu dikeluarkan akibat cedera bahagian urat pelipat lutut.
Situasi itu pastinya merumitkan lagi misi skuad negara untuk menembusi kubu lawan di Taipei, kerana Taiwan kini yang memiliki kelebihan apabila meledak satu gol di sini, kelmarin.
Jurulatih Datuk K. Rajagobal sememangnya berdepan masalah tidak banyak pilihan di bahagian penyerang sejak aksi persahabatan dengan Myanmar di Kota Bharu 18 Jun lalu dan terpaksa menggunakan penyerang Terengganu, Abd. Hadi Yahya sambil dibantu oleh Baddrol Bakhtiar.
Ekoran masalah terbaru yang membelenggu skuad negara, Rajagobal berdepan tugas berat untuk membentuk percaturan bahagian serangan pada aksi di Stadium Perbandaran Taipei, Ahad ini.
"Apa-apa pun, menang tetap menang (di sini), tetapi saya akan melihat kecederaan yang menimpa Safee. Saya rasa dia mungkin tidak dapat beraksi dalam perlawanan kedua kerana masalah urat pelipat lutut," katanya selepas perlawanan kelmarin.
Ini bermakna skuad kebangsaan kehilangan dua penyerang utama termasuk Norshahrul Idlan Talaha yang menjadi watak penting ketika menjuarai Piala Suzuki AFF 2010, kecuali jika pemain itu pulih menjelang pertemuan Ahad ini.
Selain Abdul Hadi dan Baddrol, Rajagobal masih memiliki seorang lagi calon yang mampu mengisi kekosongan bahagian serangan iaitu Ahmad Fakri Saarani, yang dimasukkan sebagai pemain gantian kelmarin.
Namun, Ahmad Fakri gagal membentuk gandingan mantap bersama Abdul Hadi, apabila mereka digandingkan buat pertama kali namun terlepas beberapa peluang untuk menambah jaringan pada babak kedua kelmarin.
Sementara itu, pada bahagian tengah Malaysia mungkin tidak dapat menggunakan khidmat ketua pasukan, Safiq Rahim yang mengalami kecederaan di bahagian lutut, namun tahap kecederaan tersebut masih menjadi tanda tanya.
Namun, tiada masalah besar buat Rajagobal pada posisi lain termasuk penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli yang memberikan persembahan baik, namun kesilapan barisan pertahanan membiarkan Chen Po Liang menjaringkan gol kelmarin, sesuatu yang tidak boleh diterima.
Gandingan Aidil Zafuan Abd. Radzak dan Fadhli Shas agak leka sehingga membolehkan Taiwan memperoleh jaringan yang amat diperlukan mereka sebagai bekalan untuk perlawanan di gelanggang sendiri.
"Jaringan pasukan lawan akibat kelalaian pertahanan kita," kata Rajagobal.
sumber : www.utusan.com.my
Ari nie Follower dah menjadi 100..hehehe..mcm sengal je ayat.Padahal org lain dah beribu2 follower..thanks kepada semua follower2 Lipan. Nia nak cite Follower yang ke 100, klau kat chat nama dia LennMommaChubby. Aku rasa aku bergiat aktif sikit la dalam blog start bulan April tahun nie 2011 la.. nie semua atas Hasutan Brader Joe. dia serumah ngan aku. Skrg dia x der kt rumah, dia g MASUM. tue blog dia x update dlm seketika. Blog adalah ruang untuk aku mengisi masa lapang..Banyak info yg boleh kita kongsikan..nie lah Follower ke 100 lipan ( gaya mcm 10000.hehehe ). Jom kita terjah :
Banyak info berguna di blog nie...Siapa2 nak tahu lebih tentang kesihatam silalah kunjung blog nie..Jemputlah terjah ke blog nie...Cantik...
Thanks kepada semua kawan2 Blog Lipan....X kiralah anda Follower no berapa..
Aku dapat buat pantun...nak buat pantun untuk keluarga KKDK :
Abg Man Hensem Bergaya Selalu,
Kak Cik Comel melihat cermin,
Bila dipelamin tersenyum Malu,
Hubungan terjalin hingga ke pelamin.
no 2..
Eyqa Rahman blur sampai ke pagi,
ustad mengira sampai ke malam,
bangun pagi gosoklah gigi,
bila bertemu ucapkan salam..
no3.
Fizin gadis gagah perkasa,
midah sopan manis pilu,
bila kengan sama-sama rasa,
Hubungan keluarga kukuh selalu..
no4..
Ayie kacak merah saga,
wanie pemalu sopan gayanya,
bila berkumpul sebuah keluarga,
meriah terasa sangat seronoknya.
no 5..
Kak Pah comel Orangnya mesra,
Yus malu pipinya merah saga,
gurau senda pengubat lara,
konsep kasih sayang dalm keluarga,
no 6..
Orangnya cantik itulah Farehan,
Muaz besar takut dipandang,
Negeri selangor tempat kelahiran,
susah bersama akan kita dikenang,
Rezeki datang bergolek tue tidak mustahil. Pada aku setiap rezeki itu perlu kita doa dan usaha untuk mendapatkannya. Setiap yang kita dapat tanpa berusaha atau sesuatu urusan jual beli atau mengeluarkan tenaga ia nampak pelik ( berapa banyak atau daaa). Tanpa membuat apa2 usaha tiba2 rezeki itu datang. Ada tp agak susah sikit. Yang selalu datang bergolek, ia pasti akan menginaya orang lain. Keuntungan pada kita tapi pada masa sama ia akan merugikan orang lain. Tidak ke ini menginaya orang lain. Pada kita mungkin ia menguntungkan. Kadang-kadang di sebabkan wang, kita tidak berfikir jauh. Asalkan ia mendatangkan duit kita terus je lakukan. Kerana bagi kita ia mudah.Cuba kita fikir sejenak. Dimana datangnya keuntungan jika tiada usaha urusan jual beli atau sesuatu kerja yang mengeluarkan tenaga. Hanya dengan mendaftar dan tiba2 kita mendapat keuntungan. Dari mana datangnya keuntungan???.Ngan nuffnang atau churpchurp pon kn usaha br dapat hasil. Susah kita nak jawab. Ia boleh mendatangkan keuntungan dengan menginaya manusia lain untuk memberi kita DUIT. Maka pikir2 lah... Tidak ada jalan mudah untuk senang umpama kata pepatah " Bukan senang nak senang, Bukan susah nak susah "..klau ader salah harap ditegur untuk membetulkan diri.
* ps : klau kawan2 ader jalan n cara untuk mencari keuntungan dengan cara yang betul serta x menginaya manusia lain..Kongsi2 lah.......
Tahniah kepada pasukan Malaysia. Pertemuan di antara pasukan bolasepak Malaysia dan Lebanon untuk kelayakan pusingan ke-2 Sukan Olimpik memang sangat sengit untuk kemenangan bagi layak ke pusingan seterusnya.
Masing-masing yang terikat dengan keputusan seri 0-0 pada perlawanan pertama 19 Jun 2011 tempohari. Pasukan masing-masing berusaha untuk menang. Malaysia mempunyai kelebihan disebabkan bertanding ditempat sendiri.
Pada separuh masa pertama Malaysia mempunyai kedudukan selesa dengan menjaringan 2 gol irfan fazail & zack haikal (penjaring gol). Jaringan cantik dr permain. Pada separuh masa kedua, Lebonan menjaringkan gol ini menyebabkan kedudukan menjadi 2-1 selepas itu seorang permain Malaysia dikenakan Kad Merah maka malaysia bermain dengan 10 permain. Malaysia nampak menggunakan strategi bertahan. agak kelamkabut juga kedudukan malaysia ketika itu di sebabkan diserang bertalu2 oleh pasukan Lebanon. Dan rezeki menyebelahi Malaysia. Malaysia dapat mengekalkan kedudukan 2-1 sehingga tiup wisel terakhir..Tahniah buat Malaysia akan kejayaan meneruskan ke ke pusingan kedua...TAHNIAH....
* Sakit tekak menjerit beramai2 dikedai kopi tadi.Hampir sakit jantung bila tengok Malaysia kn serang masa saat akhir....Klau la bocor sebijik lagi..mau aku pengsan kat kedai tue.hahaha..Thanks pd All Pak cik pakcik sbb sama2 sokong Pasukan Malaysia..bersiaran langsung di kedai kopi Perwira Parit Raja...
Aku bukan nak bg panduaan . cuma nak berkongsi cerita.Aku rasa dah hampir 2 tahun aku berniaga online. Sebelum start berniaga online nie mmg ader niat nak meniaga online tp x tahu nak buat. X ader org nak ajarkan. Walaupon pendapatan x stabil tp ok lah ader income sampingan la orang kata. Aku bermula bila aku start belajar kat UTHM, tue pon kawan aku yang bg jalan. Kata trai jual kat Mudah.my :
sebelum nak meniaga nie aku terpikir " Apa aku nak jual?"..Mudah.my nie adalah penjual dr Malaysia sahaja. sbb mula2 mula mmg urusan jual beli COD atau POS.. Klau x berhati2 boleh kn tipu dalam urusan jual beli kat sini. Aku pon pernah kn tipu. Dah banyak kali aku buat urusan jual beli kt Mudah.my br kali tue aku kn tipu. tp selesai dah..Mamat yg tipu aku tue merengkok 6 hari dlm lokap. Bapak dia minta aku tarik balik report n bayar balik duit aku..kira selesai lah..Thanks Polis yang mmg sangat2 membantu. Disini aku paling banyak untung dulu senang nak lakukan urusan perniagaan. Ingat klau nak meniaga kn jujur. Dulu aku meniaga tanpa lesen.X daftar SSM. sbb dh banyak kawan seangkatan aku kn tangkap aku pon daftar syarikat atas nama JS SYSTEM, kiranya perniagaan aku sah.tp ssh dah nak meniaga kat mudah.my sbb pelangan selalu kn tipu ngan manusia2 yg suka ambil kesempatan, pelangan bayar duit barang x sampai2. klau dh kn skali sapa nak percaya dah. Dalam setahun aku berkecimpung ngan mudah.my aku diperkenalkan oleh kawan adik aku Ebay.com :
Ini perniagaan Internet terbesar di Dunia. dia punya pasaran 1 Bumi.. tuan punya Ebay nie antara yg kaya di Bumi. ebay.com dipekernalkan kawan serumah adik aku syafik..dia dah lama berkecimpung ngan dunia ebay.com. Tp kos untuk blajar ebay.com nie agak tinggi n kn rajin sikit. untung konpom banyak berkoyan2 klau kita rajin. Untuk ebay.com nie aku kn daftar Paypal. nak tahu apa itu paypal tanya kat pakcik Google. dalam dunia ebay, banyak konsep perniagaan yang kita gunakan seperti :
tgk mcm mn keuntunggan ebay.com dibuat tp ia semudah yang kita lihat di gambar tue.Dengan ebay nie aku x berapa paham sangat sistem dia..canggih nak mampus la katakan. Pernah skali dlm tue, seorang bdk marahkan nenek dia. dia jual nenek dia dalam ebay dengan membuat iklan pd ebay, dan bertambah pelik ader juga org bid untuk membeli nenek dia..Aduyai dunia..dunia...Untuk meniaga dalam ebay perlu berdaftar ngan ebay dan paypal...wajib..Tp dalam ebay nie setiap jualan yang dibuat tue senang untuk dibeli n sistemnya
terjamin. Ebay.com kurang popular berbanding Mudah.my di Malaysia kerana sistem pembayarannya. Baru nie aku diperkenalkan dengan web perniagaan baru.iaitu :
Aku x berapa paham lagi dengan sistem MDEX nie..sbb ia masih baru berbanding dengan Mudah.my dan Ebay.com..aku cuma Usha2 dulu mana tau peluang bagus.apa salahnya kita trai.. Rezeki itu ada dimana2, yang penting kita perlu berusaha...Sekarang nie, aku tengah cari2 barangan yang boleh aku jual. Klau ader sapa2 nak jual barang boleh la rojer2...Dulu aku masa nak jual barang aku selalu pk " ader ke orang nak beli barang aku nie "...pas tue aku dapat ilham...dalam berjuta2 orng kat Malaysia nie x kan x der langsung nak belikan...mesti ader cuma lambat atau cepat....Ok..
Ini adalah surat yang ingin saya kongsikan, ia bukan milik saya, tetapi bila membacanya saya terharu sangat. ingin berkongsi bersama kawan2..Sayangilah Mak anda. Saya Sayang Mak Saya. Bacalah sambil mendengr lagu dibawah [klik]...
..............................................................................................................................................................
Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..
Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..
Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....
Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....
Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ...
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....
Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....
Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....
Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil
saya sajikan bersama video ini..dengarlah :




























