Aku nak cite anta tempat yang aku membeli belah kat Online..Nie salah satu Blog aku g beli barang..Tujuan utama adalah Tie Blog nie murah.3 Tie RM10, mana nak dapat.Baru bukan Bundle....Selain tue banyak juga baragan lain. Lg satu tuan Blog nie Lawa.hehehe.. Jom la terjah bagi melihat apa barangan yang dijual...nama pon best LOLIPULP .... Klau ader masa dan lapang tue singgahlah melihat barangan Blog tersebut..
16 - 19 jun 2011, Ketibaan seramai 26 orang pelajar dan 3 orang Guru dari SM Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Kuala Lipis. Pelajar adalah dari kelas PPU iaitu Penyejukan dan Penyaman Udara. Seramai 8 Fasilitator dan 1 Ketua Fasilitator dari Kelab Kaunseling dan Kerjaya menyambut ketibaan Pelajar dan Guru. Pelajar dan Guru menginap di Sekolah Teknik Batu Pahat. Dengan objektif program iaitu halatuju pelajar Vokasional. Modul-modul yang bersesuaian digunakan untuk untuk aktiviti LDK program tersebut..Apa pon kegembiraan haruslah diserapkan didalam setiap aktiviti yang dijalankan. Semua pelajar dan Fasilitator gembira dengan program ini..Aku sendiri sebagai Penyelaras program dan sebagai Fasilitator program.. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti gambar2. :
Pengarah program adalah : Raja Muzzafar bin Raja Mahadi
Sesi perkenalan ketika ketibaan pelajar di UTHM |
Bermulanya LDK Takruf.. |
Taklimat Pelajar bersama PM Dr. Ahmad dari Jabatan Kaunseling dan Kerjaya |
Salah 1 aktiviti yang dijalan |
Aktiviti yang menyegarkan badan pelajar |
Kegembiraan beraktiviti. |
Lahirnya rasa sayang antara warga kelas. |
Marilah kita mendengar sama2.Beliayu berbangsa Mongolia,berumur 12 tahun. Bila rindu kat Mak dia .. Dia akan nyanyi lagu nie..Mak dia dimana?? dia kata " My mother is in the Heaven".....bila ditanya lagi "How about your father?"...dia berkata " Father died in an accident, too"...Sayangilah Ibu Bapa Anda selagi mereka masih ada.....Mari sama2 kita dengar..Lagu dlm Bi tp ader subtitle...Lagu dalam bagasa Mongolia kot..
Ini just perkongsian, aku letak disini just untuk berkongsi. Sesuatu yang menarik untuk aku berkongsikan pendapat. Banyak Manusia maka, Banyaklah pendapat yang terhasil... Terlihat Status seseorang bergini (dah minta izin dan dibenarkan)
:
* Klau rajin jer baca..sila positifkan pemikiran sebelum baca...
saya ada dua orang kawan. KUNING dan MERAH. pada satu hari, KUNING marah kepada CIKGU atas sbb2 tertentu, kemudian menunjukkan protesnya dengan berjalan disekeliling sekolah tanpa baju. MERAH anak murid kesayangan CIKGU berang dgn tingkah laku KUNING, lalu membuka bajunya dan SAMA2 berjalan tanpa baju mengelilingi sekolah. jadi, persoalannya apakah beza MERAH dgn KUNING ini??
Antara pandangan yg dikeudarakan mengenai status itu bergini :
- bezanya MERAH buat macam tu sebab nak mempertahankan maruah cikgu dia sementara KUNING buat macam tu sebab nak malukan cikgi dia di mata sekolah lain dan guru2 lain..
- klau ikot perkara BODOH yang orang lain buat..kita pon SAMA BODOH atau LAGI BODOH...
- yup.. betull tapi kena ingat.. walaupun KUNING buat apa yang dia buat jalan tanpa baju,cikgu diorang tak pernah suruh MERAH buat benda yang sama.. tapi MERAH rasa dia patut sebab demi maruah cikgu dia dan sekolah yang cikgu dia mengajar..
- jadi, if aku murid skola, aku melihat kejadian yg MERAH n KUNING wat, aku akan assume, kedua2 memalukan SEKOLAH. Apakata SEKOLAH2 lain bile dpt tau pasal menda ni. malu tau
- tue la..skolah jiran kata...Apa punya cikgu skolah sebelahkata.. x reti mengajar anak murid ker??
- kalau macam tu,sebagai murid sekolah,kau kena nasihatkan murid yang memulakan dulu benda ni.. bukannya duduk dan melihat sambil menyalahkan cikgu tu..lepas tu rasa malu tanpa berbuat apa2..
- cikgu ckp pon dia x mau dgr..nie anak murid lain,mau ke dia dgr??kawan just boleh menasihat, cikgu mendidik..
- anak murid merah x yah la buat mcm kuning nanti nampak SENGAL mcm kuning....Nasihat je,klau dia x nk dgr cikgu displin tahu la uruskan.x yah la merah nk jd cikgu displin pula.
- saya secara jujurnya tidak suka tindakan KUNING mengelilingi sekola tanpa baju untuk menunjukkan protes. itu bukan la jalan yg terbaik. tp bagaimana KUNING ingin meluahkan hasrat hatinya yg kecewa jika CIKGU tidak mahu mendengar luahannya?baginya, jalan terbaik adalah dengan membuat protes agar seluruh SEKOLAH mengetahui segala yg dipendamnya. CIKGU, plzz, dengarlah suara hati anak muridmu KUNING ni, selami jiwa die dgn ADIL dan SAMARATA, dont judge a book by itz cover. HENTIKANLAH segala protes2 ini. ini bukan cara kita, bukan budaya kita.
- Cikgu yang tidak ingin mengenali atau si kuning yang begitu ego untuk tidak mahu dikenali.. rasanya tak wujud soal samarata atau tidak.. jika cikgu memberi tugasan atau homework,stiap murid harus menyiapkannya.. setiap murid kena menghantar tugasa tersebut.. tapi kuning,yup,ego dan emosi menutup minda.. dia tak mahu menyiapkan tugasan dan apabila dimarah,dia berkata cikgu tidak adil.. kena ada perubahan pada guru.. kena ramai2 lawan guru.. cikgu yang hanya memberi tugasan supaya murid2 senang di masa hadapan dimarah,dicerca.. sigh..
- betol. yg 2 aku setuju. jadi mari la kita same2 bantu MERAH dan KUNING. kita bagi nasihat pada mereka supaya meraka sedar setiap kesalahan mereka. dan bukan cuba untuk membakar2 lg kedua2 pihak. mereka semua adalah MURID SEKOLAH. jika CIKGU mengambil sedikit masa untuk MENGENALI mereka dgn lebih RAPAT, lebih ADIL, sudah pasti semua ini xkan berlaku.
- jangan la buat malu wahai murid kuning n merah...sian cikgu..hangpa degil cikgu juga kn..so, cikgu jgn la ader berat sebelah pd anak murid..nanti anak murid lain marah n menganjing...
- tak semestinya nasihat dari satu pihak tak digunapakai kita assume nasihat dari pihak lain dan lebih rendah statusnya tak boleh diterima pakai.. mungki nasihat dari pihak yang sama taraf dapat mengubah persepsi si KUNING.. tapi sayang,si KUNING adalah seorang yang tertutup mindanya dan seorang yang hanya mengikut emosi apabila bertindak.. bagaimana si cikgu hendak mengenali jika tidak diberi peluang.. bagaimana si cikgu hendak bersikap adil jika setiap perlakuan si cikgu dipersoalkan tanpa melihat dahulu hasilnya...
- anak murid merah x yah la buat mcm kuning nanti nampak SENGAL mcm kuning....Nasihat je,klau dia x nk dgr cikgu displin tahu la uruskan.x yah la merah nk jd cikgu displin pula.
- di dalam hal ini, kedua2 MERAH dan KUNING mempunyai ego yg tersendiri. apasalahnya jika CIKGU memulakan langkahnya dahulu dengan MENGENALI anak2 muridnya dengan ADIL dan SAMARATA. ya, sy setuju, KUNING mgkin adalah antara anak murid yg agak degil. namun itu bukan alasannya pada CIKGU untuk mengetepikan KUNING. CIKGU sebagai GURU mempunyai tanggungjawab besar dalam mendidik anak2 murid. sekeras2 KUNING, se ego2 KUNING, jika kita mengenalinya, kita layaninya sama ADIL dgn murid2 yang lain, sy yakin, yang DEGIL boleh berubah menjadi BAIK. ADIL, ADIL n ADIL
- saya secara jujurnya tidak suka tindakan KUNING mengelilingi sekola tanpa baju untuk menunjukkan protes. itu bukan la jalan yg terbaik. tp bagaimana KUNING ingin meluahkan hasrat hatinya yg kecewa jika CIKGU tidak mahu mendengar luahannya?baginya, jalan terbaik adalah dengan membuat protes agar seluruh SEKOLAH mengetahui segala yg dipendamnya. CIKGU, plzz, dengarlah suara hati anak muridmu KUNING ni, selami jiwa die dgn ADIL dan SAMARATA, dont judge a book by itz cover. HENTIKANLAH segala protes2 ini. ini bukan cara kita, bukan budaya kita.
- Cikgu yang tidak ingin mengenali atau si kuning yang begitu ego untuk tidak mahu dikenali.. rasanya tak wujud soal samarata atau tidak.. jika cikgu memberi tugasan atau homework,stiap murid harus menyiapkannya.. setiap murid kena menghantar tugasa tersebut.. tapi kuning,yup,ego dan emosi menutup minda.. dia tak mahu menyiapkan tugasan dan apabila dimarah,dia berkata cikgu tidak adil.. kena ada perubahan pada guru.. kena ramai2 lawan guru.. cikgu yang hanya memberi tugasan supaya murid2 senang di masa hadapan dimarah,dicerca.. sigh..
- bagaimana cara nak meluahkan perasaan??? sigh.. cikgu da banyak kali beri peluang.. beri cadangan untuk sama selesaikan masalah dengan si kuning.. tapi si kuning tak nak,sebab cara2 dan peluan2 yang cikgu beri itu tak dapat menarik perhatian murid lain,perhatian sekolah lain.. jadi,dengan tidak dihiraukan peluang yang diberi,kuning tetap hendak berjalan mengelilingi sekolah tanpa baju.. sigh~~
- hahaha!!! peluang telah diberi kepada semua murid2 yang lain untuk memilih samada MERAH atau KUNING.. jelas,murid2 yakin dengan kemampuan MERAH.. menyebabkan KUNING tidak berpuashati.. pernahkah MERAH provoke murid2 yang menyokong si KUNING.. dan adakah penyokong2 si KUNING menjalankan tanggunjawabnya apabila tibanya hari guru?? atau penyokong2 si KUNING hanya suka mengikut si KUNING berjalan tanpa memakai baju daripada menjalankan tanggungjawabnya.. sigh~~
- elaks bro, just kita sebut x perlulah murid merah buka baju sama mcm kuning..Nanti bila dah sama2 buat kena denda dua2..klau kuning atau merah merah saje kn kan x adil namanya tue..sama2 dh malukan skolah...
- jika anda rakan baik kepada MERAH, anda akan mati2an menyokong MERAH. segala yg betol disanjung, dan segala kesalahan di BUTAKAN. adakah ini minda kelas pertama? saya rakan baik kepada MERAH, tetapi salah tetap salah. saya telah dididik dari kecil untuk berlaku adil dalam setiap perkara. saya mencuri, saya akan dipukul. saya berbuat baik, saya akan mendapat pujian. kesimpulannya, MERAH plz jgn la terlibat sama dgn ape yg KUNING buat. tindakan anda ini akan memburukkan lg nama MERAH. MERAH telah banyak berkorban untuk SEKOLAH, jgn la dipersiakan usaha itu. dan kepada CIKGU, berlaku ADIL kepada smua, ingt smula janji ikrar tanggungjawab anda. kepada KUNING, memprotes bukan jalan terbaik, beri peluang kepada CIKGU untuk mendekati anda dengan KEADILAN. semua ini mampu diselesaikan, jika KEPENTINGAN diketepikan dan TANGGUNGJAWAB diutamakan. sekian. SAYA SAYANG SEKOLAH SAYA
Ini pendapat..setiap orang ader pendapat masing2, bila ia di Harmonikan akan menjadi sesuatu yang indah, keputusan yang terbaik akan tercapai bila terdapat perbincangan cara yang baik.
* aku x letak semua komen tersebut.aku letak mana yang mempunyai input sahaja..terima kasih pd tuan muka buka krn membenarkan..Thanks..
Menara Condong Pisa di Pisa, Itali (dalam Bahasa Itali: Torre pendente di Pisa) atau yang biasa disebut The Tower of Pisa (La Torre di Pisa) yang dibina dari tahun1173 hingga 1372 ( lamanya..) Tinggi dari menara tersebut adalah 55,86 m dari permukaan tanah di sisi terendah, dan 56,70 m di sisi yang tertinggi.antara gaya n rupa benruk menara condong pisa :
Memang nampak condong |
Nie sangat condong |
Klau dipandang macam nak tumbang jer. |
Klau tumbang mcm mana yer... |
Ok..kompom ia mmg condong..Kiri atau kanan ia condong??? |
Kat Malaysia pon ader juga..Iaitu Menara Condong Teluk Intan. Menara ini telah dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.
Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. Kawasan sekitar menara telah diturap dengan bata dan dijadikan sebagai plaza untuk pelbagai aktiviti di samada aktiviti rasmi atau tidak rasmi.
Jalan di tengah-tengah Bandar Teluk Intan telah dinamakan sebagai Jalan Ah Cheong sempena memperingati sumbangan En. Leong Choon Cheong yang telah membina menara tersebut.
Aku orang Perak, memang slalu la g teluk intan..Menara nie mmg dok tengah2 pekan Teluk Intan..ia merupakan sumber daya tarikan di Teluk Intan itu sendiri sebagai pusat pelancongan. Dari sini boleh juga terus ke Teluk Batik,Lumut dan Pulau Pangkor. X jauh dah nie...Bagi aku nak kata condong tue x la condong sangat.condong sikit jer..Tp sikit pon ttp condong kan??.
Suasana waktu malam di menara condong teluk intan..sini selalu ader Function menarik. |
Rupa waktu siang, time matahari meremang2.. |
Time senja paling cantik..Time2 nak sembahyang Maghrib. Jangan risau..Masjid dekat bg Umat Islam untuk sembahyang. |
Tembok Besar atau Great Wall China digelar sebagai salah satu antara "7 keajaiban dunia". Tembok Besar China merupakan projek pertahanan ketenteraan zaman purba yang masa pembinaannya paling panjang dan projeknya paling besar di dunia. Tembok Besar China sepanjang lebih 7 ribu kilometer.
Tembok Besar yang disebut umum itu adalah Tembok Besar yang dibina pada zaman Dinasti Ming iaitu dari tahun 1368 hingga tahun 1644. Hujung baratnya sehingga di genting Jiayuguan di Provinsi Gansu di barat laut China dan hujung timurnya di pinggir Sungai Yalujiang di Provinsi Liaoning di timur laut China, panjangnya mencatat 7,300 kilometer.
Tembok Besar China yang termasyhur itu mengandungi semangat dan perasaan bangsa China dan kini telah menjadi lambang bangsa China. Pada tahun 1987, Tembok Besar China telah disenaraikan sebagai Warisan Dunia.
Antara gambar tembok besar china :
Suasana yang aman damai jika diliht di kemuncak tembok besar china |
Pemandangan dipandang dari bawah tembok besar china |
tengok mcm dekat tapi jaoh tau.. |
sangat-sangat panjang |
Suasana senja di Tembok besar china |
Musim sejuk dah mula tiba di Tembok besar china |
musim sejuk tiba... |
Tengok..siap ader salji lagi tau..china negara 4 musim. |
KUALA LUMPUR - Skuad negara ke Taipei semalam bukan sahaja tanpa bekalan selesa apabila cuma menang 2-1 ke atas Taiwan di laman sendiri pada Kelayakan Piala Dunia, tetapi dihimpit risiko kehilangan Safee Sali pada aksi timbal balik, Ahad ini.
Kelibat Safee hanya sempat disaksikan pada babak pertama perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin, apabila pemain itu dikeluarkan akibat cedera bahagian urat pelipat lutut.
Situasi itu pastinya merumitkan lagi misi skuad negara untuk menembusi kubu lawan di Taipei, kerana Taiwan kini yang memiliki kelebihan apabila meledak satu gol di sini, kelmarin.
Jurulatih Datuk K. Rajagobal sememangnya berdepan masalah tidak banyak pilihan di bahagian penyerang sejak aksi persahabatan dengan Myanmar di Kota Bharu 18 Jun lalu dan terpaksa menggunakan penyerang Terengganu, Abd. Hadi Yahya sambil dibantu oleh Baddrol Bakhtiar.
Ekoran masalah terbaru yang membelenggu skuad negara, Rajagobal berdepan tugas berat untuk membentuk percaturan bahagian serangan pada aksi di Stadium Perbandaran Taipei, Ahad ini.
"Apa-apa pun, menang tetap menang (di sini), tetapi saya akan melihat kecederaan yang menimpa Safee. Saya rasa dia mungkin tidak dapat beraksi dalam perlawanan kedua kerana masalah urat pelipat lutut," katanya selepas perlawanan kelmarin.
Ini bermakna skuad kebangsaan kehilangan dua penyerang utama termasuk Norshahrul Idlan Talaha yang menjadi watak penting ketika menjuarai Piala Suzuki AFF 2010, kecuali jika pemain itu pulih menjelang pertemuan Ahad ini.
Selain Abdul Hadi dan Baddrol, Rajagobal masih memiliki seorang lagi calon yang mampu mengisi kekosongan bahagian serangan iaitu Ahmad Fakri Saarani, yang dimasukkan sebagai pemain gantian kelmarin.
Namun, Ahmad Fakri gagal membentuk gandingan mantap bersama Abdul Hadi, apabila mereka digandingkan buat pertama kali namun terlepas beberapa peluang untuk menambah jaringan pada babak kedua kelmarin.
Sementara itu, pada bahagian tengah Malaysia mungkin tidak dapat menggunakan khidmat ketua pasukan, Safiq Rahim yang mengalami kecederaan di bahagian lutut, namun tahap kecederaan tersebut masih menjadi tanda tanya.
Namun, tiada masalah besar buat Rajagobal pada posisi lain termasuk penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli yang memberikan persembahan baik, namun kesilapan barisan pertahanan membiarkan Chen Po Liang menjaringkan gol kelmarin, sesuatu yang tidak boleh diterima.
Gandingan Aidil Zafuan Abd. Radzak dan Fadhli Shas agak leka sehingga membolehkan Taiwan memperoleh jaringan yang amat diperlukan mereka sebagai bekalan untuk perlawanan di gelanggang sendiri.
"Jaringan pasukan lawan akibat kelalaian pertahanan kita," kata Rajagobal.
sumber : www.utusan.com.my