Follower 100...

Posted by Js Kic Excell 25 June, 2011 6 comments

Ari nie Follower dah menjadi 100..hehehe..mcm sengal je ayat.Padahal org lain dah beribu2 follower..thanks kepada semua follower2 Lipan. Nia nak cite Follower yang ke 100, klau kat chat nama dia LennMommaChubby. Aku rasa aku bergiat aktif sikit la dalam blog start bulan April tahun nie 2011 la.. nie semua atas Hasutan Brader Joe. dia serumah ngan aku. Skrg dia x der kt rumah, dia g MASUM. tue blog dia x update dlm seketika. Blog adalah ruang untuk aku mengisi masa lapang..Banyak info yg boleh kita kongsikan..nie lah Follower ke 100 lipan ( gaya mcm 10000.hehehe ). Jom kita terjah :



Banyak info berguna di blog nie...Siapa2 nak tahu lebih tentang kesihatam silalah kunjung blog nie..Jemputlah terjah ke blog nie...Cantik...


Thanks kepada semua kawan2 Blog Lipan....X kiralah anda Follower no berapa..

Aku dapat buat pantun...nak buat pantun untuk keluarga KKDK :


Abg Man Hensem Bergaya Selalu,
Kak Cik Comel melihat cermin,
Bila dipelamin tersenyum Malu,
Hubungan terjalin hingga ke pelamin.

no 2..
Eyqa Rahman blur sampai ke pagi,
ustad mengira sampai ke malam,
bangun pagi gosoklah gigi,
bila bertemu ucapkan salam..

no3.
Fizin gadis gagah perkasa,
midah sopan manis pilu,
bila kengan sama-sama rasa,
Hubungan keluarga kukuh selalu..

no4..

Ayie kacak merah saga,
wanie pemalu sopan gayanya,
bila berkumpul sebuah keluarga,
meriah terasa sangat seronoknya.

no 5..
Kak Pah comel Orangnya mesra,
Yus malu pipinya merah saga,
gurau senda pengubat lara,
konsep kasih sayang dalm keluarga,

no 6..
Orangnya cantik itulah Farehan, 
Muaz besar takut dipandang,
Negeri selangor tempat kelahiran,
susah bersama akan kita dikenang,

Rezeki Datang Tergolek !!!!!

Posted by Js Kic Excell 24 June, 2011 0 comments


Rezeki datang bergolek tue tidak mustahil. Pada aku setiap rezeki itu perlu kita doa dan usaha untuk mendapatkannya. Setiap yang kita dapat tanpa berusaha atau sesuatu urusan jual beli atau mengeluarkan tenaga ia nampak pelik ( berapa banyak atau daaa). Tanpa membuat apa2 usaha tiba2 rezeki itu datang. Ada tp agak susah sikit. Yang selalu datang bergolek, ia pasti akan menginaya orang lain. Keuntungan pada kita tapi pada masa sama ia akan merugikan orang lain. Tidak ke ini menginaya orang lain. Pada kita mungkin ia menguntungkan. Kadang-kadang di sebabkan wang, kita tidak berfikir jauh. Asalkan ia mendatangkan duit kita terus je lakukan. Kerana bagi kita ia mudah.Cuba kita fikir sejenak. Dimana datangnya keuntungan jika tiada usaha urusan jual beli atau sesuatu kerja yang mengeluarkan tenaga. Hanya dengan mendaftar dan tiba2 kita mendapat keuntungan. Dari mana datangnya keuntungan???.Ngan nuffnang atau churpchurp pon kn usaha br dapat hasil. Susah kita nak jawab. Ia boleh mendatangkan keuntungan dengan menginaya manusia lain untuk memberi kita DUIT. Maka pikir2 lah... Tidak ada jalan mudah untuk senang umpama kata pepatah " Bukan senang nak senang, Bukan susah nak susah "..klau ader salah harap ditegur untuk membetulkan diri.


* ps : klau kawan2 ader jalan n cara untuk mencari keuntungan dengan cara yang betul serta x menginaya manusia lain..Kongsi2 lah.......




Tahniah kepada pasukan Malaysia. Pertemuan di antara pasukan bolasepak Malaysia dan Lebanon untuk kelayakan pusingan ke-2 Sukan Olimpik memang sangat sengit untuk kemenangan bagi layak ke pusingan seterusnya.
Masing-masing yang terikat dengan keputusan seri 0-0 pada perlawanan pertama 19 Jun 2011 tempohari. Pasukan masing-masing berusaha untuk menang. Malaysia mempunyai kelebihan disebabkan bertanding ditempat sendiri.
Pada separuh masa pertama Malaysia mempunyai kedudukan selesa dengan menjaringan 2 gol irfan fazail & zack haikal (penjaring gol). Jaringan cantik dr permain. Pada separuh masa kedua, Lebonan menjaringkan gol ini menyebabkan kedudukan menjadi 2-1 selepas itu seorang permain Malaysia dikenakan Kad Merah maka malaysia bermain dengan 10 permain. Malaysia nampak menggunakan strategi bertahan. agak kelamkabut juga kedudukan malaysia ketika itu di sebabkan diserang bertalu2 oleh pasukan Lebanon. Dan rezeki menyebelahi Malaysia. Malaysia dapat mengekalkan kedudukan 2-1 sehingga tiup wisel terakhir..Tahniah buat Malaysia akan kejayaan meneruskan ke ke pusingan kedua...TAHNIAH....
* Sakit tekak menjerit beramai2 dikedai kopi tadi.Hampir sakit jantung bila tengok Malaysia kn serang masa saat akhir....Klau la bocor sebijik lagi..mau aku pengsan kat kedai tue.hahaha..Thanks pd All Pak cik pakcik sbb sama2 sokong Pasukan Malaysia..bersiaran langsung di kedai kopi Perwira Parit Raja...


Aku bukan nak bg panduaan . cuma nak berkongsi cerita.Aku rasa dah hampir 2 tahun aku berniaga online. Sebelum start berniaga online nie mmg ader niat nak meniaga online tp x tahu nak buat. X ader org nak ajarkan. Walaupon pendapatan x stabil tp ok lah ader income sampingan la orang kata. Aku bermula bila aku start belajar kat UTHM, tue pon kawan aku yang bg jalan. Kata trai jual kat Mudah.my :


sebelum nak meniaga nie aku terpikir " Apa aku nak jual?"..Mudah.my nie adalah penjual dr Malaysia sahaja. sbb mula2 mula mmg urusan jual beli COD atau POS.. Klau x berhati2 boleh kn tipu dalam urusan jual beli kat sini. Aku pon pernah kn tipu. Dah banyak kali aku buat urusan jual beli kt Mudah.my br kali tue aku kn tipu. tp selesai dah..Mamat yg tipu aku tue merengkok 6 hari dlm lokap. Bapak dia minta aku tarik balik report n bayar balik duit aku..kira selesai lah..Thanks Polis yang mmg sangat2 membantu. Disini aku paling banyak untung dulu senang nak lakukan urusan perniagaan. Ingat klau nak meniaga kn jujur. Dulu aku meniaga tanpa lesen.X daftar SSM. sbb dh banyak kawan seangkatan aku kn tangkap aku pon daftar syarikat atas nama JS SYSTEM, kiranya perniagaan aku sah.tp ssh dah nak meniaga kat mudah.my sbb pelangan selalu kn tipu ngan manusia2 yg suka ambil kesempatan, pelangan bayar duit barang x sampai2. klau dh kn skali sapa nak percaya dah. Dalam setahun aku berkecimpung ngan mudah.my aku diperkenalkan oleh kawan adik aku Ebay.com :
Ini perniagaan Internet terbesar di Dunia. dia punya pasaran 1 Bumi.. tuan punya Ebay nie antara yg kaya di Bumi. ebay.com dipekernalkan kawan serumah adik aku syafik..dia dah lama berkecimpung ngan dunia  ebay.com. Tp kos untuk blajar ebay.com nie agak tinggi n kn rajin sikit. untung konpom banyak berkoyan2 klau kita rajin. Untuk ebay.com nie aku kn daftar Paypal. nak tahu apa itu paypal tanya kat pakcik Google. dalam dunia ebay, banyak konsep perniagaan yang kita gunakan seperti : 


tgk mcm mn keuntunggan ebay.com dibuat tp ia semudah yang kita lihat di gambar tue.Dengan ebay nie aku x berapa paham sangat sistem dia..canggih nak mampus la katakan. Pernah skali dlm tue, seorang bdk marahkan nenek dia. dia jual nenek dia dalam ebay dengan membuat iklan pd ebay, dan bertambah pelik ader juga org bid untuk membeli nenek dia..Aduyai dunia..dunia...Untuk meniaga dalam ebay perlu berdaftar ngan ebay dan paypal...wajib..Tp dalam ebay nie setiap jualan yang dibuat tue senang untuk dibeli n sistemnya  
 terjamin. Ebay.com kurang popular berbanding Mudah.my di Malaysia kerana sistem pembayarannya. Baru nie aku diperkenalkan dengan web perniagaan baru.iaitu : 


Aku x berapa paham lagi dengan sistem MDEX nie..sbb ia masih baru berbanding dengan Mudah.my dan Ebay.com..aku cuma Usha2 dulu mana tau peluang bagus.apa salahnya kita trai.. Rezeki itu ada dimana2, yang penting kita perlu berusaha...Sekarang nie, aku tengah cari2 barangan yang boleh aku jual. Klau ader sapa2 nak jual barang boleh la rojer2...Dulu aku masa nak jual barang aku selalu pk " ader ke orang nak beli barang aku nie "...pas tue aku dapat ilham...dalam berjuta2 orng kat Malaysia nie x kan x der langsung nak belikan...mesti ader cuma lambat atau cepat....Ok..

Surat Untuk Mak Yang Ku Sayang...............

Posted by Js Kic Excell 17 June, 2011 2 comments


Ini adalah surat yang ingin saya kongsikan, ia bukan milik saya, tetapi bila membacanya saya terharu sangat. ingin berkongsi bersama kawan2..Sayangilah Mak anda. Saya Sayang Mak Saya. Bacalah  sambil mendengr lagu dibawah [klik]...
..............................................................................................................................................................

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ...
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

saya sajikan bersama video ini..dengarlah :


Pengkongsian.. Kisah Aku Dengan Siput...

Posted by Js Kic Excell 16 June, 2011 0 comments


Video yang menyentuh perasaan yang ingin aku kongsikan ngan geng2 blogger atau bukan blogger...Hayatilah dan moga2 mendapat sedikit input kepada yang menonton.....

Bila tibanya waktu cuti sekolah, banyak keluarga yang ingin keluar  untuk berehat2 atau makan angin di luar. mencari udara dan pemandanga baru, Bila bercerita tentang bilik hotel atau resort untuk ditempat ketika percutian, di sini adalah sepuluh bilik hotel paling mahal di dunia yang akan membuat anda teruja dan teringgin tahu knp hotel tersebut terlalu mahal untuk menginap. Hotel-hotel yang disenaraikan yang termahal adalah :


Source: mostexpensiveworld.com


10. The Penthouse Suite, The Martinez Hotel (Cannes)


Harga penginapan untuk 1 Malam ialah  $18,000 atau RM 54,756 . Ia menyediakan ruang rehat, ruang makan, 2 katil, 2 bilik mandi,spa serta ruang penyimpanan baju yang besar. ia juga terdapat sauna. Setiap bangun pagi akan akan menikmati pemandangan laut yang cantik serta memberikan anda sebuah pemandangan indah dari Kepulauan Lerrins dan Teluk Cannes..untuk tempahan boleh ke web site : 
www.hotel-martinez.com


Source: younghoteliers.blogspot.com



9. Ritz-Carlton Suite, Ritz-Carlton Moscow

Harga penginapan untuk 1 Malam ialah  $18,200 atau RM 55,364. Dengan perabot gaya klasik Rusia Imperial, suite ini seluas 2,500 meter persegi akan menyambut anda dengan paparan hebat dan romantis .Bilik hotel mewah ini dilengkapi dengan ruang makan, grand piano, lantai dipanaskan dan perpustakaan. 


Source: dubaibeachfurnishedapartments.com



8. Royal Suite, Burj Al Arab Dubai 

Harga penginapan untuk 1 Malam ialah  $19,000 atau RM 57,798. Dilengkapi dengan kawasan tempat makan, pawagam peribadi, katil  bertiang empat yang berputar di bilik utama, bilik mandi dipenuhi dengan produk dari Hermes, bilik hotel ini menjanjikan kemewahan pada setiap isi dlaman hotel tersebut. Untuk menambah lebih banyak untuk keselesaan anda, pelayan  24/7 untuk membantu serta-merta jika anda memerlukan. Ini adalah salah satu bilik-bilik hotel yang paling mahal yang duduk di atas 8400 kaki persegi sebagai kawasan lantai dan ia mempunyai pandangan yang menakjubkan iaitu laut Arabian.


Source: ttglive.com


7. Imperial Suite, Park Hyatt, Vendôme (Paris)

Harga penginapan untuk 1 Malam ialah  $20,000 atau RM 60,840. Ciri-ciri salah satu bilik hotel yang paling mahal di dunia --- suite imperialis. Terletak di tingkat lima, suite mahal ini menghadap Rue de la Paix dan Louvre. Ia mempunyai kelas pertama bagi kemudahan yang terdapat dalam hotel tersebut dan yang menentukan kemewahan untuk anda adalah: di-suite spa dengan mandian berpusing, built-in meja urut,bilik mandi wap, ruang makan, dapur dan bar.Bagi mereka yang berada di sini untuk tinggal dan menguruskan perniagaan, pelbagai  telefon disediakan, kelajuan tinggi akses internet dengan komputer dan ruang kerja disediakan untuk anda menjalankan perniagaan dengan mudah dan kecekapan sambil menikmatipenginapan anda di bilik ini.

Source: romanticcaribbeanresorts.com



6. The Bridge Suite, The Atlantis (Bahamas)

Harga penginapan untuk 1 Malam ialah  $22,000 atau RM 66,924. Dengan ruang tutup seluas 4740 kaki persegi, Suite Bridge terletak di atas jambatan yang memasuki Menara Diraja bangunan ini.bilik hotel yang paling mahal menawarkan pemandangan 360 darjah yang menambah kepada ciri-ciri yang mengagumkan. Ia telah disesuaikan selebriti terkenal seperti Celine Dion, MichaelJackson dan Oprah Winfrey. Suite ini mempunyai dapur besar dengan kakitangan tetap tujuh termasuk pelayan dan tukang masak. Selain itu, bilik tidur yang besar ini mempunyai kawasan sendiri dengan almari yang sangat besar yang dipercayai boleh menempatkan sebuah kereta. Bilik 2500 kaki persegi ini mempunyai piano besar dan dua pusat-pusat hiburan.

Source: http://www.travelvivi.com/the-most-expensive-hotels-of-the-world/


5. Presidential Suite, Ritz-Carlton (Tokyo)

Harga penginapan untuk 1 Malam ialah  $25,000 atau RM 76,050.Dahulu dikenali sebagai Suite Jacskon Michael kerana Raja Pop ini suka tinggal di sini apabila beliau berada di Jepun untuk melawat atau promosi, ini bilik hotel mewah yang mempunyai ruang tamu yang bersambung ke bilik makan, akses kepada kolam tertutup,studio kecergasan , bilik mandi marmar, Sony Bravia flat skrin televisyen, bilik tidur empat poster dan concierge peribadi. Terletak di tingkat 53, suite ini kelihatan lebih Hills Roppongi dan Imperial Palace luar taman.

Source: younghoteliers.blogspot.com


4. Villa La Capula Suite, Westin Excelsior (Rome)

Harga penginapan untuk 1 Malam ialah  $29,000 atau RM 88,218. Suite ini satu contoh yang kehidupan mewah berlebihan bagi orang-orang Rom purba untuk abad yang lalu. Terletak di tingkat kelima dan keenam, ia meliputi kawasan seluas 6099 kaki persegi dan tambahan 1808 kaki persegi balkoni dan teres yang menghadap ke Via Venetto daerah. Dihiasi dengan over-the-top kemudahan mewah,bilik hotel yang paling mahal mempamerkan kolam Pompeii ala jakuzi, dapur peribadi, berlumuran kaca tingkap, satu pawagam persendirian dengan bunyi keliling Dolbydan kabinet wain swasta. Aaaahhh ... La Dolce Vita!

Source: edisonkuo.com

3. Ty Warner Penthouse, Four Seasons Hotel (New York)

Harga penginapan untuk 1 Malam ialah $34,000 atau RM 103,428. Ia menjadikan hotel tersebut yang ketiga termahal. Ia betul2 terletak di Kota New York. Hotel tersebut menyediakan ruangan 400 meter persegi. Ruang bilik paling atas dapat melihat sekeliling kota Manhattan dengan kata lain 360 darjah kota Manhattan. Designer untuk bilik tersebut adalah Peter Marino dan Arkitek adalah IM Pei serta pemiliknya si Ty Warner ( Tuan punya Beanie Babies ). Ruang hotel Penthouse Four Seasson juga menyediakan  kawasan taman, perlengkapan bilik dari emas dan platinum. 

Source: 10awesome.com



2. Hugh Hefner Sky Villa, Palms Casino Resort (Las Vegas)

Harga penginapan untuk 1 Malam ialah $40,000 atau RM 121,680. Jika anda ingin mengalami bagaimana rasanya berada di Mansion Hugh Hefner iaitu Playboy, maka tempahan 1 malam atau 2 malam dengan sexy suit di Las Vegas. mungkin cara terbaik bagi anda untuk menjadikannya satu kenyataan. Villa ini adalah model selepas Playboy Mansion asal. Sebenarnya, di sinilah Hugh Hefner menginap selain dari rumahketika beliau sibuk. Ini merupakan  vila mewah yang mempunyai tiga bilik tidur, bilik media, spa dan bilik sauna dan ruang tamu yang besar. Walaupun Playboy Bunnies tidak termasuk dalam pakej ini tetapi ia mempunyai katil berputar dengan siling bercermin di atas, ia memberi anda rasa seksi.

Source: nydailynews.com

1. Royal Penthouse Suite, President Wilson Hotel (Geneva)

Harga penginapan untuk 1 Malam adalah $53,000 atau RM 107,042. Ia terletak di Switzerland. Ruangan di dalam hotel terdapat kerusi buatan 1930an, Lama siyot. silap2 klau duduk dah reput. dari bilik hotel tersebut dapat melihat danau Geneva dan Gunung Blanc iaitu gunung yang tertinggi di Banjaran Alpen. Pihak hotel juga menyediakan sistem keselamatan yang tinggi kepada tetamu hotel tersebut, dengan menyediakan Lift peribadi ke bilik hotel Kemera keselamatan 24 jam, Tingkap anti peluru. Suite ini sentiasa menjadi pilihan utama di kalangan selebriti dan ketua negara yang di Geneva bagi mesyuarat atau konvensyen di Ibu Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu.




Iklan Nuffnang

My Dream

My Dream

Mari Klik Disini Kawan2...

Ini Kawan2 Belog Tersayang

Halangan Untuk Berjaya

Halangan Untuk Berjaya

area sembang n berceloteh

Kepentingan Komunikasi

Kepentingan Komunikasi

Ubat Hati

Ubat Hati

Bersama mengingati

Bersama mengingati

Motivation

Motivation

Softskill

Softskill

teambuilding

teambuilding