Aku bukan nak bg panduaan . cuma nak berkongsi cerita.Aku rasa dah hampir 2 tahun aku berniaga online. Sebelum start berniaga online nie mmg ader niat nak meniaga online tp x tahu nak buat. X ader org nak ajarkan. Walaupon pendapatan x stabil tp ok lah ader income sampingan la orang kata. Aku bermula bila aku start belajar kat UTHM, tue pon kawan aku yang bg jalan. Kata trai jual kat Mudah.my :
sebelum nak meniaga nie aku terpikir " Apa aku nak jual?"..Mudah.my nie adalah penjual dr Malaysia sahaja. sbb mula2 mula mmg urusan jual beli COD atau POS.. Klau x berhati2 boleh kn tipu dalam urusan jual beli kat sini. Aku pon pernah kn tipu. Dah banyak kali aku buat urusan jual beli kt Mudah.my br kali tue aku kn tipu. tp selesai dah..Mamat yg tipu aku tue merengkok 6 hari dlm lokap. Bapak dia minta aku tarik balik report n bayar balik duit aku..kira selesai lah..Thanks Polis yang mmg sangat2 membantu. Disini aku paling banyak untung dulu senang nak lakukan urusan perniagaan. Ingat klau nak meniaga kn jujur. Dulu aku meniaga tanpa lesen.X daftar SSM. sbb dh banyak kawan seangkatan aku kn tangkap aku pon daftar syarikat atas nama JS SYSTEM, kiranya perniagaan aku sah.tp ssh dah nak meniaga kat mudah.my sbb pelangan selalu kn tipu ngan manusia2 yg suka ambil kesempatan, pelangan bayar duit barang x sampai2. klau dh kn skali sapa nak percaya dah. Dalam setahun aku berkecimpung ngan mudah.my aku diperkenalkan oleh kawan adik aku Ebay.com :
Ini perniagaan Internet terbesar di Dunia. dia punya pasaran 1 Bumi.. tuan punya Ebay nie antara yg kaya di Bumi. ebay.com dipekernalkan kawan serumah adik aku syafik..dia dah lama berkecimpung ngan dunia ebay.com. Tp kos untuk blajar ebay.com nie agak tinggi n kn rajin sikit. untung konpom banyak berkoyan2 klau kita rajin. Untuk ebay.com nie aku kn daftar Paypal. nak tahu apa itu paypal tanya kat pakcik Google. dalam dunia ebay, banyak konsep perniagaan yang kita gunakan seperti :
tgk mcm mn keuntunggan ebay.com dibuat tp ia semudah yang kita lihat di gambar tue.Dengan ebay nie aku x berapa paham sangat sistem dia..canggih nak mampus la katakan. Pernah skali dlm tue, seorang bdk marahkan nenek dia. dia jual nenek dia dalam ebay dengan membuat iklan pd ebay, dan bertambah pelik ader juga org bid untuk membeli nenek dia..Aduyai dunia..dunia...Untuk meniaga dalam ebay perlu berdaftar ngan ebay dan paypal...wajib..Tp dalam ebay nie setiap jualan yang dibuat tue senang untuk dibeli n sistemnya
terjamin. Ebay.com kurang popular berbanding Mudah.my di Malaysia kerana sistem pembayarannya. Baru nie aku diperkenalkan dengan web perniagaan baru.iaitu :
Aku x berapa paham lagi dengan sistem MDEX nie..sbb ia masih baru berbanding dengan Mudah.my dan Ebay.com..aku cuma Usha2 dulu mana tau peluang bagus.apa salahnya kita trai.. Rezeki itu ada dimana2, yang penting kita perlu berusaha...Sekarang nie, aku tengah cari2 barangan yang boleh aku jual. Klau ader sapa2 nak jual barang boleh la rojer2...Dulu aku masa nak jual barang aku selalu pk " ader ke orang nak beli barang aku nie "...pas tue aku dapat ilham...dalam berjuta2 orng kat Malaysia nie x kan x der langsung nak belikan...mesti ader cuma lambat atau cepat....Ok..
0 Responses to Aku Belajar Meniaga Di Internet...