SEANDAINYA SEMUA WANITA MENGETAHUINYA

Posted by Js Kic Excell 10 October, 2011





selepas islam mengangkat darjat wanita dari dunia jahiliah..wanita lebih mulia di dalam islam...bahkan lebih tinggi darjat nya dari seorang lelaki..alangkah terkejutnya mereka seandainya semua wanita mengetahuinya...pasti mereka akan menangis dan bersyukur di lahirkan sebagai seorang wanita atau seorang perempuan.. sedih la pulak entry ni...=( ...bahkan perbezaan diantara lelaki dan seorang perempuan atau wanita telah tercatit di dalam hadis..ini menunjukan yang wanita ni setaraf dengan lelaki dan tidak lebih rendah dari itu..terdapat 19 hadis Rasulullah tentang wanitadan diantaranya:

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
ya Allah sungguh tinggi martabat yang telah ko berikan kepada seorang wanita... aku tertarik dengan hadis ke-2 hingga ke-4...di mana Allah memuliakan ibu mengandung sehingga mereka melahirkan anak...subhanallah... kenapa ada yang sanggup membuang anak mereka selepas mereka mendapat ganjaran dari Allah..adakah mereka tidak bersyukur.....semoga Allah melembutkan hati mereka..amin....

3 Responses to SEANDAINYA SEMUA WANITA MENGETAHUINYA

  1. nice info :)

     
  2. Cik Tetra Says:
  3. nice entry..thanks share.. :)

     
  4. misspurple Says:
  5. terharu bc entry nie

     

Post a Comment

Iklan Nuffnang

My Dream

My Dream

Mari Klik Disini Kawan2...

Ini Kawan2 Belog Tersayang

Halangan Untuk Berjaya

Halangan Untuk Berjaya

area sembang n berceloteh

Kepentingan Komunikasi

Kepentingan Komunikasi

Ubat Hati

Ubat Hati

Bersama mengingati

Bersama mengingati

Motivation

Motivation

Softskill

Softskill

teambuilding

teambuilding