Buat Bakal2 Cikgu dan Terima Kasih Cikgu....

Posted by Js Kic Excell 14 April, 2011
Bakal-bakal Cikgu Dari Ahli KKDK
Belakang Jaring : Syafik ( Mantan Bendahari KKDK )
Depan :dari kiri Jie,Halim dan Jalil
Dulu aku bercita-cita nak jadi seorang guru..mmg fanatik la nak jadi Cikgu Displin hahahahha.( Tergelak Ngan Ayat Sendiri ).Minat aku nak jadi seorang cikgu pas aku jadi Cikgu Tusyen ( Ganti Abg Aku yang Sulong time aku praktikal politeknik ), abg aku ader keje kn buat so, dia suruh aku ganti, dapat pula anak murid yang bgs.siap cium tangan nak balik.semua salam sambil cium tangan pula tue.TERHARU sudahhhh, time tue..terus aku minat nak jadi cikgu.kn pula aku ajar Mate.mmg BESTTTT.Pada hal sebelum nie aku mmg x der cita2 yang tetap. ..Tapi apakan daya mungkin ader yang lebih sesuai untuk aku sendiri maka aku pon diterima di UTHM sebagai Pelajar Fakulti Sains Kompuer dan Teknologi Maklumat, nama lama Fakulti teknologi Maklumat dan Multimedia..Aku teruskan perjuangan..masa dok belek2 Fb aku terjumpa ayat2 yang aku suka sbb ia berkaitan ngan Kerjaya sebagai GURU.maka aku pon nak berkongsi la. Mungkin ini mmg dari pengalaman seorang yang bekerja sebagai Guru.Kerja sebagai Guru bukan mudah, ia memegang amanah yang Besar. Marilah baca bersama2.


TUGAS GURU - Bukan sekadar 7.30pg sehingga 1.30ptg sahaja...



SEORANG GURU BIASA

1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
 5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.

SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA….. 

by Jimmy Rose

Tugas Seorang GURU amatlah Mulia.....Hormatilah Guru ANDA.....

Saya Akhiri dengan Lagu Khas Untuk Bakal Cikgu bernama  Ayu :

2 Responses to Buat Bakal2 Cikgu dan Terima Kasih Cikgu....

  1. Ara Says:
  2. abang jalil yang comel dan sangat baik hati :)
    abang jiji yang comel lagi kelakar gila :)
    abang capik yang kacak lagi lah baik sangat :)
    abang halim yang macho wooooo :)

     
  3. : mama org bekas cegu juga , cegu disiplin :P garang tau .. good luck laa tau :) kos itu pun okay meyh :)

     

Post a Comment

Iklan Nuffnang

My Dream

My Dream

Mari Klik Disini Kawan2...

Ini Kawan2 Belog Tersayang

Halangan Untuk Berjaya

Halangan Untuk Berjaya

area sembang n berceloteh

Kepentingan Komunikasi

Kepentingan Komunikasi

Ubat Hati

Ubat Hati

Bersama mengingati

Bersama mengingati

Motivation

Motivation

Softskill

Softskill

teambuilding

teambuilding