Best dengan Cosplay Naruto

Posted by Js Kic Excell 29 April, 2011
 

Dunia Cosplay, aku mula tahu ttg benda nie pas aku menjadi pelanggan setia Komik Kreko sejak Tingkatan 4. Lama la juga. Ia adalah pemakaian n identiti dr Anime atau komik, x kira ia dr Japan atau bukan, kepada peminat fanatik Anime mmg diorg ader x semua la...Kadang2 aku minat juga benda nie. Kadang2 cosplay nie sebijik  dan sejibik mcm dlm dunia Animasi atau Komik.aku letak la sikit ttg watak cosplay tue. Antaranya mcm kat bawah ( yang aku minat je tau, x larat nak letak semua ), Nie dari Komik Naruto :
Cikgu Hatake Kakashi - Naruto
Kakashi merupakan salah seorang dari Jonin dari perkampung ninja Konoha di Negara Api. Kakashi juga merupakan pemimpin terkini dalam Pasukan 7 yang pada awalnya terdiri daripada Uzumaki Naruto, Haruno Sakura dan juga Uchiha Sasuke. Dia juga turut dikenali di persada dunia ninja dengan gelaran "Ninja Peniru Kakashi" ataupun "Sharingan Kakashi" kerana kebolehan yang diperolehnya melalui mata Sharingan pada mata kirinya.
Uzumaki Naruto - Naruto ( Smart kan?? )
Naruto adalah anak Hokage Kampung Daun, Ayah Naruto Namikaze Minato merupakan Hokage generasi keempat manakala ibunya bernama Uzumaki Kushina. Naruto mempunyai wajah seiras ayahnya manakala sifatnya lebih serupa dengan ibunya yang merupakan seorang tomboy ketika kecil sebelum menjadi wanita cantik ketika dewasa. 
Sejak dilahirkan lagi, syaitan musang berekor sembilan, Kyubi no Yoko yang cuba membinasakan Konoha dikurung dalam badan Naruto.
Uchiha Sasuke - Naruto ( Mmg Smart...)
Sebagai seorang ninja Genin "pangkat terendah dalam sistem ninja", Uchiha Sasuke adalah bijak secara semula jadi dan merupakan ahli kepada keluarga yang berpengaruh suatu masa dahulu iaitu keluarga Uchiha. Sebagai salah satu keluarga yang mashyur di Konoha, keluarga Uchiha dikenali kerana memiliki kekkei genkai Sharingan dan kebolehan untuk menguasai jurus berelemen api.



Hyuga Hinata - Naruto
Hyuga Hinata adalah seorang yang pemalu dan pendiam dan merupakan sebahagian daripada Pasukan 8 (Pasukan Kurenai) yang terdiri daripada Yuhi Kurenai(Jonin yang diamanahkan kepada pasukan ini), Inuzuka Kiba dan Aburame Shino.

Haruno Sakura - Naruto
Sakura ialah ninja Genin dan merupakan pelajar kepada Hatake Kakashi dan juga rakan sepasukan Uzumaki Naruto dan Uchiha Sasuke. Stamina dan bakat keseluruhan Sakura sebagai ninja adalah rendah. Jika dilihat dalam siri anime, Sakura hanya menggunakan beberapa jurus mudah. Jurus pada peringkat tertinggi yang digunakannya ialah membengkalai genjutsu. Kekuatan utama Sakura adalah kebijaksanaan dan daya mengawal chakra yang tinggi
Haruno Sakura - Naruto

Uchiha Itachi - Naruto
Dia merupakan abg kepada Uchiha Sasuke.
Selepas berlakunya insiden Pembunuhan Beramai-ramai Klan Uchiha, Itachi menyertai Akatsuki adalah atas dasar mahu melindungi Konohagakure dan memerhatikan tindakan mereka, terutamanya Sasuke daripada dunia luar. Ketika berada di dalam Akatsuki, Itachi sering melengah-lengahkan usahanya untuk menangkap Kyubi dan membocorkan rahsia tindakan Akatsuki kepada Konoha dan pernah cuba untuk membunuh Madara melalui Sasuke.

Uchiha Itachi - Naruto

Akimichi Choji - Naruto
Akimichi Choji adalah seorang ahli yang setia dan baik hati dalam Pasukan 10 (Pasukan Asuma) yang terdiri daripada dirinya, Nara Shikamaru dan Yamanaka Ino. Choji boleh menjadi seorang sahabat yang baik dan mesra. Choji, Shikamaru dan Ino menggelar sendiri sebagai 'Pasukan Ino-Shika-Choji', sebagaimana yang telah dilakukan oleh ayah mereka.Sebagai ahli keluarga Akimichi, Choji menguasai beberapa jurus rahsia yang membolehkan tubuhnya mengembang beberapa kali ganda.


Tobi dan Uchiha Itachi - Naruto


Gaara kampung Pasir - Naruto (Kacak kan ??? )
Gaara merupakan anak bongsu Kazekage Keempat. Maka, Gaara ialah adik kepada Temari dan Kankuro. Oleh sebab keadaan Kampung Pasir yang lemah, Kazekage Keempat mengarahkan Chiyo mengunakan sejenis jurus untuk mengurung 'Ichibi' (Satu Ekor), Shukaku dalam Gaara agar anaknya menjadi senjata terkuat Sunagakure. Sebagai akibatnya, ibu Gaara, Karura, mati semasa melahirkan Garaa. Sebelum dia mati, Karura menyumpah Sunagakure dan berharap agar Gaara akan membalas dendam atas kematiannya.

Gaara kampung Pasir - Naruto (mmg smart )


Hyuga Neji - Naruto ( nie paling Smart..)
Hyuga Neji ialah ahli dalam Pasukan Guy yang merangkumi dirinya, Rock Lee dan Tenten. Neji dan Lee saling bersaing seperti Hatake Kakashi dan Might Guy. Lee bertekad untuk membuktikan bahawa dirinya yang dilihat sebagai suatu 'kegagalan' masih dapat mengalahkan 'genius' seperti Neji. Tetapi, Neji tidak berminat langsung terhadap cita-cita Lee. Neji dapat bergaul dengan Tenten tanpa apa-apa masalah besar.

Geng Cosplay Akatsuki ( Geng Jahat ) - Naruto
Akatsuki atau bermaksud "Fajar "merupakan organisasi jenayah yang terdiri daripada ninja pelarian Kelas-S dan sangat dikehendaki oleh dunia ninja. Objektif utama mereka adalah untuk mengumpulkan ke semua biju atau "Makhluk Berekor" untuk tujuan menguasai dunia.





4 Responses to Best dengan Cosplay Naruto

  1. Anonymous Says:
  2. ko takde pun??

     
  3. Yana Houry Says:
  4. wah..anime..bestnye..=)

     
  5. budingyun : mmg x der..aku baca jer..
    yana : mmg best..dah bertahun2 baca x hbs2.

     
  6. MG Says:
  7. choji plg srupa~

     

Post a Comment

Iklan Nuffnang

My Dream

My Dream

Mari Klik Disini Kawan2...

Ini Kawan2 Belog Tersayang

Halangan Untuk Berjaya

Halangan Untuk Berjaya

area sembang n berceloteh

Kepentingan Komunikasi

Kepentingan Komunikasi

Ubat Hati

Ubat Hati

Bersama mengingati

Bersama mengingati

Motivation

Motivation

Softskill

Softskill

teambuilding

teambuilding